LIKE & SHARE

Thursday 5 June 2014

VITAMIN SHAKLEE ADA JANGKA HAYAT?


Assalam,
Sekadar perkongsian. Itu pun sebab ada seorang customer whatssap Cha pagi tadi, tanya boleh tahan berapa lama vitamin SHAKLEE yang dia baru order.

Hurm tersentap pulak rasa, bagus kerana ada yang mengingatkan kerana tidak semua tahu macam apa yang kita tahu. Selama ni tak pernah explain kat customer-customer jangka hayat vitamin ni semua. Harap-harap dorang semua boleh explore sendiri la expired date vitamin memasing. huhu

Senang je sebenarnya nak tahu bila tarikh luput vitamin SHAKLEE. U alls belek betul-betul keliling botol SHAKLEE tu, Mesti ada punya info berkaitan tarikh luput. Contoh boleh tengok seperti gambar yang tertera dalam kotak warna merah tu.

Semua benda dalam dunia ni ada tarikh luput kan. Termasuklah kita sendiri. Cuma tak tahu bila masa itu bakal tiba.

Yang sentiasa ambil berat,
Mummy Uwais

Alhamdulillah My Little Family, Babah, Uwais & Mama












Percayalah sahabat, tidak ada sesuatu pun yang dapat menandingi perancangan yang maha kuasa. Jika dahulu, seringkali persoalan 'mengapa' muncul di benakku. Harini, aku berterima kasih kepada Allah & kisah semalam kerana tanpa mu, aku tidak akan menemui kebahagiaan pada harini! 

Terima kasih Allah SWT. Sesungguhnya Engkau lah yang maha berkuasa ke atas setiap hambaMu.
Terima kasih suami tercinta, kerana menerima baik burukku seadanya.
Terima kasih anak tersayang, kerana hadirmu membawa sejuta kebahagiaan
Yang sentiasa menyayangimu,
Mummy uwais

PHOTOSCAPE Baguskah?

Photoscape

Assalam semua, selamat malam.
Sebelum melelapkan mata, just nak share pengalaman sendiri gunakan PHOTOSCAPE.  Pernah dengar ke tidak?  Ini pun Cha belajar dengan junior time study di IPG beberapa tahun yang lepas. Alhamdulillah masih lagi menggunakannya. semoga pahala mencurah-curah kepada kau dek sebab share ilmu ni :)

Cha memang bukan orang seni, dan semestinya tak begitu mahir bab2 IT ni. Senang kata semuanya main redah je. So, pendapat peribadi Cha, kalau korang yang hebat gunakan Photoscape ni, mesti lagi DAEBAK hasilnya. Jom lah cuba.

Sebelum tu, Photoscape tu apa?
Kalau nak edit-edit gambar, letak watermark ke dalam lappy, (banyak lagi kegunaan dia sebenarnya), boleh cuba photoscape.  

Contoh: 
Kalau macam nak buat gambar jadual sendiri masukkan dalam blog, selalunya cha akan create dulu siap-siap dalam powerpoint. Dah buat cecantik, printscreen & save. Lepas tu barulah khidmat photoscape diperlukan untuk meneruskan misi edit mengedit. 

Contoh hasil dari photoscape,

header blog nurulkairul89

sewaktu mengandungkan Uwais 6 bulan

Saat awal perkahwinan kami, Teluk Cempedak Kuantan
Sekadar perkongsian.

Mummy uwais