LIKE & SHARE

Wednesday 2 July 2014

Alhamdulillah Bonus Raya Menanti


Tadi baru je cerita tentang tarikh gaji masuk kan. Tup tup keluar sudah notis bonus raya untuk penjawat awam. Syukur Alhamdulillah. RM500 per individu. Boleh lah tambah lagi duit simpanan. Yeay!

Mummy Uwais
Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit

Tuesday 1 July 2014

GAJI PENJAWAT AWAM 2014

Jadual Gaji
Alhamdulillah harini hari yang ke 4 kita melaksanakan Rukun Islam kita yang ke tiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Syukur. Dalam duk berborak tentang menu berbuka, tup-tup perbualan mula berkisarkan hal gaji. Wah, gaji Julai masuk awal ek. Gaji Ogos pulak 25 haribulan. Mau mau nak berdepan dengan musim perayaan ni, memang kena berjimat cermat la. Kalau tidak, minggu pertama beraya poket dah kempis. Naseb baik perasan. Maklumlah sejak gelaran & tanggungjawab bertambah. Ibu, isteri & anak, hal kewangan memang WAJIB ambil berat. 

Korang lak macam mana?

Mummy Uwais

No Caption. Cerita Kosong

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sekarang jam menunjukkan tepat jam 12.00 p.m.
Mata masih belum layu memandangkan kerja sekolah pun banyak lagi yang betul settle.
Harini babah outstation ke Putrajaya untuk 2 hari. 

Miss U babah! sobs

So tinggallah kami dua beranak sahaja di rumah. Berbuka puasa pun rasa macam payah je nak telan bila sensorang ni. Teringat sambut Ramadhan tahun lepas. Berdua je dengan suami. Time tu tengah sarat la jugak preggy. And yang paling best tarikh 1 Julai adalah tarikh aku posting. So boleh bayangkan tak, time sarat dan-dan ler posting. Pengsan GB. hahaha. masuk bulan kedua dah sibuk ngejas masa nak bersalin pulak. Kecoh la jugak waktu tu orang duk cakap jangan ambil cuti bersalin yang 2 minggu. nanti membazir je cuti rupanya tak bersalin lagi. Nah hambek, aku cuti lagi awal sebab bersalin lagi awal seminggu dari tarikh cuti 2 minggu tu. hihi. 

Apa-apa pun pengalaman masa tu betul-betul memberi kenangan terindah dalam hidup aku. Officemates yang gila-gila. Para pentadbir yang best. & anak-anak murid yang happening betul2 mempengaruhi mood aku time preggy. Alhamdulillah

Yang paling penting, suami akulah pelindung, peneman suka dan duka, susah senang bersama. Sentiasa buatkan aku tersenyum.  Ada masa badai melanda tapi inshaaAllah kami akan cuba belajar untuk harunginya. InshaaAllah.

Mummy Uwais