LIKE & SHARE

Saturday 1 November 2014

VITAMIN ANAK

PROMOSI NOVEMBER 2014

Selamat Datang November,
Selamat Tinggal Oktober,
Semoga lebih success dan lebih bahagia di November, InshaaAllah

[ PROMO NOVEMBER BUY 6 FREE 1 OMEGA GUARD SHAKLEE ]

Pendapat peribadi saya sendiri. 

Omega Guard memang vitamin kami sekeluarga sebab sebotol yang saya beli tu, kami suami isteri sampai anak pun duk consume jugak. Tapi untuk Uwais kami, dia tak pandai telan lagi capsule omega tu. So saya just pecahkan capsule dan campurkan dalam susu. Just ambil sebiji selang sehari sahaja  Berbeza lah dos dengan kita yang dewasa ni. 

Pemerhatian saya, Uwais memang aktif. Buat masa ni tiada lagi tanda2 nak kena serangan asthma or lelah walaupun sebelah ayahnya ada asthma/lelah. Dia juga cepat belajar walaupun baru berusia setahun dua bulan. Bukan setakat omega, Uwais juga turut consume MEALSHAKE. Itulah vitamin untuk si cilik saya! Alhamdulillah.

 Biasanya harga Omega Guard adalah RM136 sebotol. Ada 90 capsules. 
Tapi bulan ni saya sendiri nak beri harga SUPER SPECIAL kepada customer2 saya. 
Bukan lagi RM136.
Bukan lagi RM120.
BUKAN! 
BUKAN! 
BUKAN!

Whatssap saya di 0129907049 (Scya) untuk harga super duper istimewa. 
Terima kasih! 

Friday 24 October 2014

ZOO DAN UWAIS

Tekun nonton TV. budak laa kan. huhu

baby bear yang manja.


Mama Uwais! YES!  It's me!

Insan kesayangan - Aqil Uwais wif babah


Anak teruna I tekun tengok haiwan sambil bobebobebobe

Uwais suka ZIRAFAH!
Sorry, susunan gambar tak teratur!

Kisahnya semalam tak plan apa-apa pun. TERcakap, TERsiap, TERsampai. Haha. sampailah kami ke ZOO NEGARA. Dulu pergi berdua je. Kalini dah bertiga. Lagi-lagi kalini bawak si Uwais yang dah banyak keletah, banyak respon. 

AND YES! Uwais dah boleh berjalan sekarang. Sebak mama & babah tengok baby kami berjalan merata-rata. Sob sob sob. Jadi anak yang soleh ya Uwais. We love u baby! 

K peeps~ GTG. Babah dah panggil suh tido, rehat. 
Assalamualaikum 

Thursday 18 September 2014

Demi Masa. Demi Rumah.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sekejapnye masa berlalu kan. pejam celik pejam celik harini dah hari Jumaat (19 Sept), esok, lusa tulat dah sekolah. Pelik bin ajaib. Sebelum cuti bukan main ternanti-nanti. Menganga-nganga depan kalendar. Rasanya baru tadi wish 'hepi holiday' kat budak-budak. 

Babah pun dah ada kat rumah (setelah 3 hari ditinggalkan) Nak wat camne, bersuamikan anggota. Memang selalu le kena tinggal. Ala pekedehal. Orang lain berbulan makan tahun kena tinggal. Muka slumberland je Cha oi. Hohoho

Kisahnya, cuti lama-lama pun banyak benda tak settle. Skala perkembangan murid prasekolah pun aku tak tick lagi. Rancangan mengajar, ABM, worksheet murid semua tak settle. Memang terbaik. maklum ler nama pun jadi suri rumahtangga sepenuh masa sepanjang cuti. Ngadap anak seharian. Anak tidur emaknye pun tergolek sama. Kehkehkeh. Kesimpulannya, kerja sekolah memang kena settle kat sekolah, sebab bila dah sampai kat rumah, kerja rumah dah pun menanti.


RUMAH
Cerita pasal rumah. Rumah pertama kami di Kuala Lipis. Kenapa di Kuala Lipis, kenapa tak beli kat tempat lain?

Jawapan:
1) Aku dan suami sama-sama kerja di pekan kecil ni. Sama-sama teringin nak duduk kat rumah bawah sebab dah tak larat dah nak turun naik tangga. 
2) Suami aku anggota. Kalau dipindahkan ke tempat lain, ke manakah diri ini dan anak perlu membawa diri? Rumah kat Kuala Lipis ni mahalnya macam kat bandar besar tau. Rumah biasa pun dah RM600 dan ke atas. Ada jugak rumah biasa yang sewanya mencecah RM1000. So daripada bagi duit kat orang, baik beli harta sendiri.
3) Beli kat tempat lain, yang lebih strategik blablabla. Rumah baru nak sewa kat orang macam sayang je. 
4) Aku dan suami pemboros orangnya. Pilihan kami, beli asset yang makin lama makin tinggi nilainya. Nanti agak-agak tak mau, tak jadi harta Uwais, jual je. Apekedehal. Lagipun bukan beli rumah banglo bertingkek-tingkek. Rumah kami inshaaAllah mampu milik. 
5) Suami boleh dapat elaun rumah gomen dia kalau duk kat luar. Leh la cover rm350 topup duit rumah bulan-bulan. Hehehehe
6) Menyesal beli rumah awal-awal? Asal lak nak menyesal. Biarlah awal-awal ni sempit sikit. Bak kata orang, hutang baik takpe, jadi harta. jangan buat hutang jahat. Duit ke mana, harta ke mana. Merana.

Duit muka dah settle. Tinggal tunggu kunci je lagi. Debar lah jugak. Dalam proses survey harga grill, wiring. Buat yang lebih utama je dulu. Yang lain-lain inshaaAllah rezeki akan ada.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami suami isteri. Amin

Kawan-kawan, doakan urusan kami dipermudahkan ye. 

 

Sunday 24 August 2014

Jalan-Jalan Release Tension

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai peeps. Dah agak lama tak bersua muka. Semoga semuanya sihat sejahtera.   
Harini sepatutnya dah agak lewat. Tapi mata masih belum boleh lelap. Masih mencari-cari idea untuk teks ucapan sewaktu perhimpunan pagi esok. Sabar jerla.Cik abang dan si Wise dah lama dah hanyut, ke mana la agaknya dorang. Huhu

Apa cerita Kak Cha ye? 
Alhamdulillah, dua tiga hari sejak akhir-akhir ni, semua perkara menggembirakan. Settle hal rumah. Yeay rumah pertama kite! Settle tentang persembahan anak didik sempena majlis persaraan guru. Guru Besar Cemerlang kite pun dah berikan surat pengesahan jawatan untuk ditandatangani. Semuanya berjalan dengan lancar pada waktu yang tepat. Alhamdulillah. Dan semalam babah bawa kite & Uwais jenjalan ronda Petrosains. RM15 jer per person. Baby free. Memang syiok la jenjalan sebab Uwais pun dah pandai bawak diri. Dah mula explore macam-macam perkara. Yang paling penting keletah Uwais menarik perhatian orang-orang di persekitaran. Asyik gelak je. Sayang Uwais!

Uwais, 
semoga jadi anak yang soleh, anak yang menggembirakan hati mama & babah, anak yang berjaya di dunia akhirat. Mama sayang sangat Uwais.

Tasik Titiwangsa, KL

Satay Station.

Satay hati 2, Satay ayam 10, Satay daging 5, nasi impit

Mula-mula takut

Mama babah selfie, Uwais syok sensorang. Tak nak kena pegang!

Dah mula berani. Excited tengok lampu yang terpancar bila tangan melekap kat kaca tu

Mama, babah & Uwais nak berlepas ni. Mama masuk, shawl macam nak tercabut. Aiyo~ Kuat betul tekanan angin



Dinasour nyanyi-nyanyi kat belakang.

'Selamat ke kita ni babah?' tanya Uwais

Saya berada di dalam syurga permainan. Nak kacau siapa yerp ^^

Hanya untuk mereka yang berumur 4 tahun ke bawah sahaja ye

Sekian sahaja episod kali ini. Maceh kepada mereka yang sudi membaca

Tuesday 5 August 2014

PROMOSI GLA COMPLEX SHAKLEE DAH SAMPAI!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Syawal semua.

Rindunya pada belog comot Kak Cha ni. Tapi nak buat macam mana, tugas hakiki lebih memerlukan perhatian. So sekarang jam dah pun menunjukkan 1.10 pagi. Waktu sepatutnya mata dah rapat. Zzz. Tapi order SHAKLEE ada masuk. Customer WAJIBlah didahulukan. Hihi

Alhamdulillah. Harini dah ada masuk order set slimming SHAKLEE. Semalam pulak ada yang nak Herbalax sahaja. Katanya LAWAS sangat-sangat lepas consume HERBALAX SHAKLEE ni. Syukur. Petang tadi lak ada pula yang dah minta no akaun untuk set mengandung SHAKLEE. Hari-hari ada order untuk Ogos kali ni. Syukur. Rezeki Uwais Kak Cha lah tu 

Oke, tak nak bazirkan masa. Tenung, Fokus sungguh2 ya. PROMO SHAKLEE UNTUK OGOS JATUH KEPADA

GLA COMPLEX SHAKLEE

Ada sesiapa tahu khasiat utama GLA SHAKLEE ni?
Kalau sesiapa nak stabilkan hormon tubuh,
Muka ada jerawat (sometimes jerawat nakal tumbuh merata sebab hormon tak stabil)
Nak stabilkan period (kekdg dtg sebulan sekali, kekdg 3 bulan sekali. main cak-cak dia )
Ikhtiar untuk dapatkan zuriat.

Boleh cuba GLA ni U alls. Lelaki tak mau ye. Hihiks. Mohon hadiahkan pada isteri, emak, makwe, tunang tersayang. 

So kalau u alls tengok kat atas, tu untuk harga 6 bottles tau. So nak tahu harga istimewa? Jom whatssap Kak Cha segera.

012.990.70.49
Mummy Uwais
Jutawan SHAKLEE

Wednesday 2 July 2014

Alhamdulillah Bonus Raya Menanti


Tadi baru je cerita tentang tarikh gaji masuk kan. Tup tup keluar sudah notis bonus raya untuk penjawat awam. Syukur Alhamdulillah. RM500 per individu. Boleh lah tambah lagi duit simpanan. Yeay!

Mummy Uwais
Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit

Tuesday 1 July 2014

GAJI PENJAWAT AWAM 2014

Jadual Gaji
Alhamdulillah harini hari yang ke 4 kita melaksanakan Rukun Islam kita yang ke tiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Syukur. Dalam duk berborak tentang menu berbuka, tup-tup perbualan mula berkisarkan hal gaji. Wah, gaji Julai masuk awal ek. Gaji Ogos pulak 25 haribulan. Mau mau nak berdepan dengan musim perayaan ni, memang kena berjimat cermat la. Kalau tidak, minggu pertama beraya poket dah kempis. Naseb baik perasan. Maklumlah sejak gelaran & tanggungjawab bertambah. Ibu, isteri & anak, hal kewangan memang WAJIB ambil berat. 

Korang lak macam mana?

Mummy Uwais

No Caption. Cerita Kosong

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sekarang jam menunjukkan tepat jam 12.00 p.m.
Mata masih belum layu memandangkan kerja sekolah pun banyak lagi yang betul settle.
Harini babah outstation ke Putrajaya untuk 2 hari. 

Miss U babah! sobs

So tinggallah kami dua beranak sahaja di rumah. Berbuka puasa pun rasa macam payah je nak telan bila sensorang ni. Teringat sambut Ramadhan tahun lepas. Berdua je dengan suami. Time tu tengah sarat la jugak preggy. And yang paling best tarikh 1 Julai adalah tarikh aku posting. So boleh bayangkan tak, time sarat dan-dan ler posting. Pengsan GB. hahaha. masuk bulan kedua dah sibuk ngejas masa nak bersalin pulak. Kecoh la jugak waktu tu orang duk cakap jangan ambil cuti bersalin yang 2 minggu. nanti membazir je cuti rupanya tak bersalin lagi. Nah hambek, aku cuti lagi awal sebab bersalin lagi awal seminggu dari tarikh cuti 2 minggu tu. hihi. 

Apa-apa pun pengalaman masa tu betul-betul memberi kenangan terindah dalam hidup aku. Officemates yang gila-gila. Para pentadbir yang best. & anak-anak murid yang happening betul2 mempengaruhi mood aku time preggy. Alhamdulillah

Yang paling penting, suami akulah pelindung, peneman suka dan duka, susah senang bersama. Sentiasa buatkan aku tersenyum.  Ada masa badai melanda tapi inshaaAllah kami akan cuba belajar untuk harunginya. InshaaAllah.

Mummy Uwais

Thursday 19 June 2014

throw back

Beberapa hari sebelum bersalin

Aqil Uwais / D.O.B-26 Ogos 2013 / 2.7kg

Hari ke 11- Cukur Jambul

8 weeks
10 weeks
13 weeks

#THROWBACK

Kehadiran Uwais membawa berjuta makna buat aku dan suami, sekaligus mengubat segala duka yang pernah terpendam akibat keguguran 2 kali. Disebabkan tu, bila dapat sahaja perkhabaran gembira yang mengatakan aku hamil buat kali ke 3, membuatkan kami terlalu berhati-hati. 3 bulan pertama aku alami alahan yang sangat teruk. Terima kasih suami sebab memahami. Suami yang penyayang dan sabar melayan segala kerenah dan alahanku. Peristiwa lama juga membuatkan kami sentiasa scan bayi untuk mengikuti segala perkembangannya. Setiap kali check nadi bayi, aku akan rakam dan dengar berkali-kali tanpa jemu. Setiap kali masa terluang, aku akan menulis diary tentang perasaanku. Segala perasaan bahagia apabila kau kandungkan zuriat suami yang sangat kau cintai.

Abang, terima kasih kerana memberikan kenangan terindah sepanjang tempoh kehamilan ayang. 

Kalau ikutkan aku dapat banyak la jugak tarikh due. Tarikh due yang ditetapkan KKIA, aku bakal bersalin 16 September 2013, tapi kalau ikutkan hasil scan kat klinik lain aku bakal bersalin 6 September 2013. Tapi akhirnya Uwais lahir tanpa disangka-sangka pada 26 Ogos 2013.

25hb Ogos : Perut asyik mengeras. Selepas Maghrib perut rasa cramp yang menyakitkan. Setiap kali perut mengeras setiap kali itu jugalah akan keluar lendiran darah. Sikit je pun tapi rasanya sakit. Disebabkan rasa tak tahan yang amat sangat, aku terpaksa jugalah call husband yang sedang bekerja untuk tengok situasi aku time tu. Husband balik segera. Muka pucat lesi tak tentu arah. Tapi disebabkan aku takut nak pergi hospital, aku mintak husband hold dulu sebab takut kontraksi palsu je . huhu. Atlast bila rasa sakit berkurang, aku mintak husband pergi kerja balik sebab tak nak menyusahkan dia. Tak pasal-pasal kang kerja terbengkalai. Tapi rupanya suami standby je kat office tak keluar mana-mana, in case lah berlaku kecemasan, dia boleh terus dapatkan aku. TQ abang! Ingatkan sakit dah reda, rupanya lepas pukul 12 malam, sakit menyerang balik beserta lendiran darah lagi. Husband dh warning, kalau nampak keluar lagi darah, dia tak teragak-agak bawak terus aku ke hospital. time tu memang aku SERAH DIRI je lah sebab tak tahan sakit. Tapi yang peliknya bila nak sampai je hospital, sakit hilang, perut lapar. Wuhuu apalagi request untuk terakhir kalinya kat husband, lepak makan kat mamak habes sepinggan mee, sakit pun datang balik. Akhirnya check inlah aku semalam kat Hospital Besar Kuala Lipis, menanti saat bahagia yang entah bila akan menjelma.

26 Ogos : Sakit semakin kerap. Setiap kali contraction kuat je, bila check bukaan mesti bukak 1 cm. tepat jam 8.45malam, bukaan dah 4 cm, aku terus di sorong masuk ke labour room. Mimpi dalam mimpi, percaya dan tidak waktu itu, aku bakal bersalinkah? Allahuakbar. Macam-macam perasaan tidak tergambar. Bila bukaan 10cm, aku lihat suami pun masuk

bersambung

Sunday 15 June 2014

Kursus Peningkatan Profisiensi Bahasa Inggeris JPP 2014

Oh My English!


Terlepas dari kursus ke KL, ada lagi kursus yang menanti. Start esok. Bawak dictionary lah kita. Hwaa~

Mummy Uwais,
Speaking London kita esok!

Seronoknya Bercuti Sempena Hari Bapa

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hye peeps, lambat sikit ke udara sejak dua menjak nie, harini dah start sekolah. Tapi aku masih lg dalam mood cuti. Haha. Rindu Uwais. Selalunya waktu macam ni aku tengah tergolek-golek dengan anak teruna aku tu kat rumah. Babah ofcourselah bekerja. Tapi takpelah, inilah kerja hakiki aku, guru :) ada tanggungjawab yang tergalas. 

Baru-baru ni keluarga sebelah aku datang ke Kuala Lipis. Memang best sebab dah lama tak dapat berkumpul semua. Kebetulan hari bapa. Memang kenalah sangat. Selamat hari Bapa abah. Selamat hari Bapa untuk babah. Kami semua sayang kalian!

Tapi keluarga aku tidur semalam sahaja. Esoknya kena hantar adik aku yang nurse ke Seremban. So, apa lagi sebelum pulang ke destinasi memasing, aku dan suami dengan berbesar hati bawa mereka pusing-pusing tempat2 yang menarik yang dekat dengan Kuala Lipis. Destinasi kami kali ke Genting Highlands. Dalam sejam setengah je dari rumah aku. Best kan :D













 Snap-snap gambar kat luar je sebab kat dalam duk ralit main bowling. hahaha
Sekian sahaja. 

Thursday 12 June 2014

Bahagia itu Nikmat Syukur

Manusia Biasa, Mummy uwais

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hidup kalau nak tahu bahagia atau tidak, bila kau tahu dan faham erti syukur. Kau bersyukur dengan apa yang kau ada, dengan nikmat yang kau kecapi pada harini. 

Syukur.
Lain orang lain kefahamannya. Tapi itu lah maksud bahagia bagi aku. Tak faham erti syukur, sampai bila pun kau tak kan rasa tenang. hati tak tenteram.

Suami aku selalu ingatkan aku,
hiduplah dengan keperluan, bukan atas dasar keinginan. 
Nak ada keinginan boleh, tapi beserta usaha lah. 
Dan yang paling penting, jangan sesekali mengungkit dengan kecuaian sendiri. Cuai juga adalah tangga kejayaan. Fikir apa langkah yang lebih baik lepas ni. kalau hidup asyik mengungkit, rezeki pun lari lah :)

Tak semua yang kita inginkan kita boleh kecapi, tapi percayalah apa yang kita dapat adalah sesuatu yang terbaik untuk kita yang telah Allah rancangkan. Yang penting hati TENANG. 

Harini mak abah dan adik beradik nak datang Kuala Lipis. Nak bawak dorang jenjalan tengok tapak rumahlah. Hihiks.





Wednesday 11 June 2014

Seronoknya Jadi Housewife!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sekarang jam dah menunjukkan pukul 1.28 am, Hari Khamis. Cepatnya masa berlalu. , Tinggal Jumaat, Sabtu dan Ahad. Isnin dah start kerja dan bermulalah episod untuk ganti sekolah sempena cuti raya nanti.  

Tapi alhamdulillah sebab cuti sekolah kalini, banyak masa aku dihabiskan bersama anak dan suami. jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Baru aku faham hebatnya suri rumah tangga sebab kerja mereka tidak pernah habis!. Lepas Subuh dah start memasak untuk Aqil Uwais, satu-satunya cahayamata kami. Suami memang jarang breakfast. So mudahlah sikit kerja aku. Terus masak untuk lunch. Suami dah confirm tak de kalau dia standby, balik time lunch jerla nanti untuk makan. kalau ada tugas luar, dia keluar balik kerja sampai habis office hours. kalau standby 24 hours memang susah la nak nampak batang hidung dia sehari. Esok baru jumpa sebab off. Kalau ada pergerakan, memang apa pun tak de la. haha.  

Tapi apa-apapun, aku bersyukur jugak sebab dapat si dia sebagai suami aku. Memahami. Banyak bantu aku selesaikan hal rumahtangga. Bukan aku sahaja yang SURI rumah, suami aku juga adalah SURA rumah tangga. Hahaha. Uwais? Bulan ni dah masuk 9 bulan. Alhamdulillah. Dah mahir memanjat, jalan tak pandai lagi. yang dia sibuk nak belajar sekarang nak imbang badan je. Kalau silap gaya, memang selalulah jugak terhantuk sebab mama babah dia terlepas pandang. Huhu. 

Bila semua kerja rumah dah settle, Uwais pun tidur, aku akan start fokus dengan SHAKLEE aku, part time biz. Seronok berkongsi amalan gaya hidup sihat dengan supplement semulajadi ni. Alhamdulillah. Aku pasti akan rindukan waktu ni bila naik sekolah nanti.

Siapa kata jadi cikgu UNTUNG, murid-murid cuti, cikgu cuti? Kalau cikgu yang kahwin dengan anggota beruniform apa pulak ceritanya? Hehehehe. Peace. 

Apabila kita belajar untuk memahami, inshaaallah kita akan difahami
Mummy uwais


Sunday 8 June 2014

Mr Chairoll ! Happy Anniversary For Us !







Dear Husband

        Thank you for being my husband, 
         my partner, 
         my lover, 
         my best friend 
         & also for the best years in my life

Mummy Uwais 

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 3 abang. Rasa sekejap je kan masa berlalu. Biarlah detik pengenalan itu tidak lama, yang penting hayat perkahwinan kita adalah untuk selama-lamanya.  Alhamdulillah . Dugaan semalam kita berjaya tempuhi dengan jayanya. Kisah semalam adalah pedoman. mana yang buruk jadikan sempadan. Semoga esok lusa selama-lamanya, kita mampu jua tangani segala onak ranjau dengan senyuman. Jom jadi mama & babah yang terbaik untuk anak-anak kita!

TQ FB!!!! :D

 
Buat suami tercinta, Kairul Azhar bin Mat Zam

Surpriseee! babah reply ! Ingatkan dah tidur .  Tq hubby. 

InshaaAllah kita sekeluarga akan bahagia hingga ke syurga kan sayang.  Begitu juga dengan insan-insan di persekitaran kami. Jom bahagia !

Yang Sayang
Mummy Uwais

Kenapa Saya Pilih MLM SHAKLEE





INI ADALAH SALAH SATU SEBAB SAYA MEMILIH SHAKLEE SEBAGAI SIDE INCOME.
ternyata dari pembacaan cda, Shaklee antara Syarikan MLM yang mengikut garis panduan menurut syariah :)

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Semoga ianya bermanfaat


Yang sentiasa belajar
Mummy Uwais

Saturday 7 June 2014

Rumahku Syurgaku

Rumah Membelakangkan Matahari.
Aku tak tahu apa yang orang lain rasa, aku hanya tahu apa yang aku rasa. Teruja. Rumah pertamaku! Biarlah kecil pun yang penting ni rumah aku. Inilah syurga dunia buat keluarga kecil kami. Sementara merantau di negeri orang.

Rumah dah nampak 90% nak siap. CF pun bakal keluar hujung bulan ni ataupun Julai nanti InshaaAllah. Alhamdulillah syukur. Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku ini Ya Allah. First time semalam masa aku ronda-ronda dengan suami tengok progress rumah, aku rasa SEBAK. Hebat juga perasaan nak miliki rumah sendiri. Suami senyum je. Ye, ni rumah kami ! 

Kerja tak sampai setahun dah rebut-rebut beli rumah. Kenapa? Mak aku cakap hutang ni ada dua, hutang baik dengan hutang jahat. Hutang baik takpe, jadi harta. Contoh hutang baik rumahlah. Makin lama makin tinggi harganya. 


Lihatlah teratak kecil kami.  Halaman pun sekangkang kera. Belum siap lagi. Tapi nak jugak ambil gambar kenang-kenangan. Hihiks.

Ruang Dalam Rumah
Bilik Utama

Keluarga Kita, Dunia Kita
Mummy Uwais