LIKE & SHARE

Wednesday 11 June 2014

Seronoknya Jadi Housewife!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sekarang jam dah menunjukkan pukul 1.28 am, Hari Khamis. Cepatnya masa berlalu. , Tinggal Jumaat, Sabtu dan Ahad. Isnin dah start kerja dan bermulalah episod untuk ganti sekolah sempena cuti raya nanti.  

Tapi alhamdulillah sebab cuti sekolah kalini, banyak masa aku dihabiskan bersama anak dan suami. jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Baru aku faham hebatnya suri rumah tangga sebab kerja mereka tidak pernah habis!. Lepas Subuh dah start memasak untuk Aqil Uwais, satu-satunya cahayamata kami. Suami memang jarang breakfast. So mudahlah sikit kerja aku. Terus masak untuk lunch. Suami dah confirm tak de kalau dia standby, balik time lunch jerla nanti untuk makan. kalau ada tugas luar, dia keluar balik kerja sampai habis office hours. kalau standby 24 hours memang susah la nak nampak batang hidung dia sehari. Esok baru jumpa sebab off. Kalau ada pergerakan, memang apa pun tak de la. haha.  

Tapi apa-apapun, aku bersyukur jugak sebab dapat si dia sebagai suami aku. Memahami. Banyak bantu aku selesaikan hal rumahtangga. Bukan aku sahaja yang SURI rumah, suami aku juga adalah SURA rumah tangga. Hahaha. Uwais? Bulan ni dah masuk 9 bulan. Alhamdulillah. Dah mahir memanjat, jalan tak pandai lagi. yang dia sibuk nak belajar sekarang nak imbang badan je. Kalau silap gaya, memang selalulah jugak terhantuk sebab mama babah dia terlepas pandang. Huhu. 

Bila semua kerja rumah dah settle, Uwais pun tidur, aku akan start fokus dengan SHAKLEE aku, part time biz. Seronok berkongsi amalan gaya hidup sihat dengan supplement semulajadi ni. Alhamdulillah. Aku pasti akan rindukan waktu ni bila naik sekolah nanti.

Siapa kata jadi cikgu UNTUNG, murid-murid cuti, cikgu cuti? Kalau cikgu yang kahwin dengan anggota beruniform apa pulak ceritanya? Hehehehe. Peace. 

Apabila kita belajar untuk memahami, inshaaallah kita akan difahami
Mummy uwais