LIKE & SHARE

Thursday 19 June 2014

throw back

Beberapa hari sebelum bersalin

Aqil Uwais / D.O.B-26 Ogos 2013 / 2.7kg

Hari ke 11- Cukur Jambul

8 weeks
10 weeks
13 weeks

#THROWBACK

Kehadiran Uwais membawa berjuta makna buat aku dan suami, sekaligus mengubat segala duka yang pernah terpendam akibat keguguran 2 kali. Disebabkan tu, bila dapat sahaja perkhabaran gembira yang mengatakan aku hamil buat kali ke 3, membuatkan kami terlalu berhati-hati. 3 bulan pertama aku alami alahan yang sangat teruk. Terima kasih suami sebab memahami. Suami yang penyayang dan sabar melayan segala kerenah dan alahanku. Peristiwa lama juga membuatkan kami sentiasa scan bayi untuk mengikuti segala perkembangannya. Setiap kali check nadi bayi, aku akan rakam dan dengar berkali-kali tanpa jemu. Setiap kali masa terluang, aku akan menulis diary tentang perasaanku. Segala perasaan bahagia apabila kau kandungkan zuriat suami yang sangat kau cintai.

Abang, terima kasih kerana memberikan kenangan terindah sepanjang tempoh kehamilan ayang. 

Kalau ikutkan aku dapat banyak la jugak tarikh due. Tarikh due yang ditetapkan KKIA, aku bakal bersalin 16 September 2013, tapi kalau ikutkan hasil scan kat klinik lain aku bakal bersalin 6 September 2013. Tapi akhirnya Uwais lahir tanpa disangka-sangka pada 26 Ogos 2013.

25hb Ogos : Perut asyik mengeras. Selepas Maghrib perut rasa cramp yang menyakitkan. Setiap kali perut mengeras setiap kali itu jugalah akan keluar lendiran darah. Sikit je pun tapi rasanya sakit. Disebabkan rasa tak tahan yang amat sangat, aku terpaksa jugalah call husband yang sedang bekerja untuk tengok situasi aku time tu. Husband balik segera. Muka pucat lesi tak tentu arah. Tapi disebabkan aku takut nak pergi hospital, aku mintak husband hold dulu sebab takut kontraksi palsu je . huhu. Atlast bila rasa sakit berkurang, aku mintak husband pergi kerja balik sebab tak nak menyusahkan dia. Tak pasal-pasal kang kerja terbengkalai. Tapi rupanya suami standby je kat office tak keluar mana-mana, in case lah berlaku kecemasan, dia boleh terus dapatkan aku. TQ abang! Ingatkan sakit dah reda, rupanya lepas pukul 12 malam, sakit menyerang balik beserta lendiran darah lagi. Husband dh warning, kalau nampak keluar lagi darah, dia tak teragak-agak bawak terus aku ke hospital. time tu memang aku SERAH DIRI je lah sebab tak tahan sakit. Tapi yang peliknya bila nak sampai je hospital, sakit hilang, perut lapar. Wuhuu apalagi request untuk terakhir kalinya kat husband, lepak makan kat mamak habes sepinggan mee, sakit pun datang balik. Akhirnya check inlah aku semalam kat Hospital Besar Kuala Lipis, menanti saat bahagia yang entah bila akan menjelma.

26 Ogos : Sakit semakin kerap. Setiap kali contraction kuat je, bila check bukaan mesti bukak 1 cm. tepat jam 8.45malam, bukaan dah 4 cm, aku terus di sorong masuk ke labour room. Mimpi dalam mimpi, percaya dan tidak waktu itu, aku bakal bersalinkah? Allahuakbar. Macam-macam perasaan tidak tergambar. Bila bukaan 10cm, aku lihat suami pun masuk

bersambung

Sunday 15 June 2014

Kursus Peningkatan Profisiensi Bahasa Inggeris JPP 2014

Oh My English!


Terlepas dari kursus ke KL, ada lagi kursus yang menanti. Start esok. Bawak dictionary lah kita. Hwaa~

Mummy Uwais,
Speaking London kita esok!

Seronoknya Bercuti Sempena Hari Bapa

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hye peeps, lambat sikit ke udara sejak dua menjak nie, harini dah start sekolah. Tapi aku masih lg dalam mood cuti. Haha. Rindu Uwais. Selalunya waktu macam ni aku tengah tergolek-golek dengan anak teruna aku tu kat rumah. Babah ofcourselah bekerja. Tapi takpelah, inilah kerja hakiki aku, guru :) ada tanggungjawab yang tergalas. 

Baru-baru ni keluarga sebelah aku datang ke Kuala Lipis. Memang best sebab dah lama tak dapat berkumpul semua. Kebetulan hari bapa. Memang kenalah sangat. Selamat hari Bapa abah. Selamat hari Bapa untuk babah. Kami semua sayang kalian!

Tapi keluarga aku tidur semalam sahaja. Esoknya kena hantar adik aku yang nurse ke Seremban. So, apa lagi sebelum pulang ke destinasi memasing, aku dan suami dengan berbesar hati bawa mereka pusing-pusing tempat2 yang menarik yang dekat dengan Kuala Lipis. Destinasi kami kali ke Genting Highlands. Dalam sejam setengah je dari rumah aku. Best kan :D













 Snap-snap gambar kat luar je sebab kat dalam duk ralit main bowling. hahaha
Sekian sahaja. 

Thursday 12 June 2014

Bahagia itu Nikmat Syukur

Manusia Biasa, Mummy uwais

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hidup kalau nak tahu bahagia atau tidak, bila kau tahu dan faham erti syukur. Kau bersyukur dengan apa yang kau ada, dengan nikmat yang kau kecapi pada harini. 

Syukur.
Lain orang lain kefahamannya. Tapi itu lah maksud bahagia bagi aku. Tak faham erti syukur, sampai bila pun kau tak kan rasa tenang. hati tak tenteram.

Suami aku selalu ingatkan aku,
hiduplah dengan keperluan, bukan atas dasar keinginan. 
Nak ada keinginan boleh, tapi beserta usaha lah. 
Dan yang paling penting, jangan sesekali mengungkit dengan kecuaian sendiri. Cuai juga adalah tangga kejayaan. Fikir apa langkah yang lebih baik lepas ni. kalau hidup asyik mengungkit, rezeki pun lari lah :)

Tak semua yang kita inginkan kita boleh kecapi, tapi percayalah apa yang kita dapat adalah sesuatu yang terbaik untuk kita yang telah Allah rancangkan. Yang penting hati TENANG. 

Harini mak abah dan adik beradik nak datang Kuala Lipis. Nak bawak dorang jenjalan tengok tapak rumahlah. Hihiks.





Wednesday 11 June 2014

Seronoknya Jadi Housewife!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sekarang jam dah menunjukkan pukul 1.28 am, Hari Khamis. Cepatnya masa berlalu. , Tinggal Jumaat, Sabtu dan Ahad. Isnin dah start kerja dan bermulalah episod untuk ganti sekolah sempena cuti raya nanti.  

Tapi alhamdulillah sebab cuti sekolah kalini, banyak masa aku dihabiskan bersama anak dan suami. jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Baru aku faham hebatnya suri rumah tangga sebab kerja mereka tidak pernah habis!. Lepas Subuh dah start memasak untuk Aqil Uwais, satu-satunya cahayamata kami. Suami memang jarang breakfast. So mudahlah sikit kerja aku. Terus masak untuk lunch. Suami dah confirm tak de kalau dia standby, balik time lunch jerla nanti untuk makan. kalau ada tugas luar, dia keluar balik kerja sampai habis office hours. kalau standby 24 hours memang susah la nak nampak batang hidung dia sehari. Esok baru jumpa sebab off. Kalau ada pergerakan, memang apa pun tak de la. haha.  

Tapi apa-apapun, aku bersyukur jugak sebab dapat si dia sebagai suami aku. Memahami. Banyak bantu aku selesaikan hal rumahtangga. Bukan aku sahaja yang SURI rumah, suami aku juga adalah SURA rumah tangga. Hahaha. Uwais? Bulan ni dah masuk 9 bulan. Alhamdulillah. Dah mahir memanjat, jalan tak pandai lagi. yang dia sibuk nak belajar sekarang nak imbang badan je. Kalau silap gaya, memang selalulah jugak terhantuk sebab mama babah dia terlepas pandang. Huhu. 

Bila semua kerja rumah dah settle, Uwais pun tidur, aku akan start fokus dengan SHAKLEE aku, part time biz. Seronok berkongsi amalan gaya hidup sihat dengan supplement semulajadi ni. Alhamdulillah. Aku pasti akan rindukan waktu ni bila naik sekolah nanti.

Siapa kata jadi cikgu UNTUNG, murid-murid cuti, cikgu cuti? Kalau cikgu yang kahwin dengan anggota beruniform apa pulak ceritanya? Hehehehe. Peace. 

Apabila kita belajar untuk memahami, inshaaallah kita akan difahami
Mummy uwais


Sunday 8 June 2014

Mr Chairoll ! Happy Anniversary For Us !







Dear Husband

        Thank you for being my husband, 
         my partner, 
         my lover, 
         my best friend 
         & also for the best years in my life

Mummy Uwais 

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 3 abang. Rasa sekejap je kan masa berlalu. Biarlah detik pengenalan itu tidak lama, yang penting hayat perkahwinan kita adalah untuk selama-lamanya.  Alhamdulillah . Dugaan semalam kita berjaya tempuhi dengan jayanya. Kisah semalam adalah pedoman. mana yang buruk jadikan sempadan. Semoga esok lusa selama-lamanya, kita mampu jua tangani segala onak ranjau dengan senyuman. Jom jadi mama & babah yang terbaik untuk anak-anak kita!

TQ FB!!!! :D

 
Buat suami tercinta, Kairul Azhar bin Mat Zam

Surpriseee! babah reply ! Ingatkan dah tidur .  Tq hubby. 

InshaaAllah kita sekeluarga akan bahagia hingga ke syurga kan sayang.  Begitu juga dengan insan-insan di persekitaran kami. Jom bahagia !

Yang Sayang
Mummy Uwais

Kenapa Saya Pilih MLM SHAKLEE





INI ADALAH SALAH SATU SEBAB SAYA MEMILIH SHAKLEE SEBAGAI SIDE INCOME.
ternyata dari pembacaan cda, Shaklee antara Syarikan MLM yang mengikut garis panduan menurut syariah :)

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Semoga ianya bermanfaat


Yang sentiasa belajar
Mummy Uwais

Saturday 7 June 2014

Rumahku Syurgaku

Rumah Membelakangkan Matahari.
Aku tak tahu apa yang orang lain rasa, aku hanya tahu apa yang aku rasa. Teruja. Rumah pertamaku! Biarlah kecil pun yang penting ni rumah aku. Inilah syurga dunia buat keluarga kecil kami. Sementara merantau di negeri orang.

Rumah dah nampak 90% nak siap. CF pun bakal keluar hujung bulan ni ataupun Julai nanti InshaaAllah. Alhamdulillah syukur. Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku ini Ya Allah. First time semalam masa aku ronda-ronda dengan suami tengok progress rumah, aku rasa SEBAK. Hebat juga perasaan nak miliki rumah sendiri. Suami senyum je. Ye, ni rumah kami ! 

Kerja tak sampai setahun dah rebut-rebut beli rumah. Kenapa? Mak aku cakap hutang ni ada dua, hutang baik dengan hutang jahat. Hutang baik takpe, jadi harta. Contoh hutang baik rumahlah. Makin lama makin tinggi harganya. 


Lihatlah teratak kecil kami.  Halaman pun sekangkang kera. Belum siap lagi. Tapi nak jugak ambil gambar kenang-kenangan. Hihiks.

Ruang Dalam Rumah
Bilik Utama

Keluarga Kita, Dunia Kita
Mummy Uwais

Puas Makan Gulai Harini




Tengah posing atas jambatan. Tetiba teringat lagu kanak-kanak:

Jambatan goyang-goyang (2x)
Ku takut tenggelam (2x) 
lalu aku berenang (2x)
Sampai basah baju (2x)
Lalu aku sidaikan (2x)
.........................

Harini babah standby 2, so dapatlah curi-curi masa keluar bawak kita makan kat rumah orang kenduri. Alhamdulillah. Kenyang. Terima kasih tuan rumah. Itupun member yang ajak. Katanya ke Bertang menghala ke Sg Koyan. So dalam banyak-banyak kenduri aku pernah pergi aku seronok kat majlis kahwin yang aku pergi harini sebab dorang masih lagi mengamalkan suasana zaman dedulu. Makan berhidang. Kita sebagai tetamu hanya perlu pergi ke meja. Dah siap dah makan yang terhidang. kau makanlah sampai puas, best tak best? Memang style kampung gila. Lagu pengantin baru berkumandang serata kawasan. Rasa macam nak kahwin balik la pulak. hahaha. 

Yang paling best lagi, walaupun aku dah duduk kat Kuala Lipis sejak 2007. First time aku naik jambatan gantung untuk ke kampung seberang. naik kereta tak lepas. Naik motor, mana bawak motor. So jalan kaki lah apa lagi. Baru aku tahu Kuala Lipis memang BESAR!

Kepada pengantin, Cikgu kandar, Semoga bahagia bersama pasangan hingga ke syurga ye. 

Rumah Pengantin Emma & Ekhmal. Selamat pengantin baru. Semoga bahagia hingga hujung nyawa. Maaf lambat datang sahabat. Pengantin dah siap cuci periuk dah. . hehehe.



Yang Suka Jalan-Jalan Cari Makan
Mummy Uwais

Friday 6 June 2014

TESTIMONI MEALSHAKE 6 JUN 2014! Alhamdulillah.


Bila sesuatu yang kau kongsikan dengan insan-insan dipersekitaran kau mendapat respon yang POSITIF. Pastinya kau akan LEGA dan GEMBIRA. kan kan kan.

Syukur Terima kasih Allah kerana Kau memudahkan urusanku untuk membantu ibu-ibu memberi khasiat yang terbaik untuk anak-anak mereka. Semoga anak-anak kami membesar dengan sihat dan cergas serta menjadi insan yang soleh solehah, berguna untuk masyarakat, agama dan negara. MEALSHAKE BEST!

Mummy Gorgeous Biz World adalah dunia saya bersama customer tersayang. Jom buat pembelian vitamin SHAKLEE bersama kami. Banyak info berguna akan dikongsi bersama inshaaAllah.

Hidup untuk memberi,
Mummy Uwais

Babah Sakit Gigi!





Bukannya sekali, tapi dah banyak kali sakit gigi. Bila dah sakit, semua benda memang tak jadi. Kesian suami. Dulu dah bawak dah ke klinik kat kg sendiri di Johor, tapi biasalah appointment pertama dia suruh beli ubat dulu, dah makan 3 hari direct baru datang jumpa dia semula. Cuti suami pula tak lama, balik semula ke Kuala Lipis dengan hampa.

Harini, sakit gigi datang lagi. Kesian cencaru bakar sumbat sambalku, dipandang sepi. Apalah dayaku. Nasib baik vitamin SHAKLEE ada di rumah. Itulah gunanya. Sekadar usaha untuk mengurangkan kesakitan sementara. 

Antara vitamin SHAKLEE yang Cha gunakan untuk mengurangkan kesakitan suami:
-Vitamin E SHAKLEE
-Nutriferon
-Ostematrix

Apa perkaitan vitamin di atas dengan sakit gigi?
Vitamin E
Antara fungsi selain daripada mencantikkan kulit & agen kesuburan, ia juga berfungsi dalam mengecutkan pertumbuhan abnormal dan melancarkan saraf. Harap-harap gusi yang bengkak cepat surut!

Ostematrix
Kurangnya kalsium dalam badan adalah antara faktor penyebab sakit gigi atau gusi. Kalsiumkan sangat penting dalam pembentukan darah, saraf dan tulang?

Nutriferon
Bantu mempercepatkan tindakbalas sistem imun dalam tubuh.

Dan yang paling penting REHAT SECUKUPNYA! Maklumlah tuhan je yang tahu betapa deritanya orang yang sakit gigi ni

Sabar ye sayang. Esok lusa kita tengok lagi klinik dah buka ke belum. Dr gigi sibuk cuti da

Yang sentiasa sayang,
Mummy Uwais

Thursday 5 June 2014

VITAMIN SHAKLEE ADA JANGKA HAYAT?


Assalam,
Sekadar perkongsian. Itu pun sebab ada seorang customer whatssap Cha pagi tadi, tanya boleh tahan berapa lama vitamin SHAKLEE yang dia baru order.

Hurm tersentap pulak rasa, bagus kerana ada yang mengingatkan kerana tidak semua tahu macam apa yang kita tahu. Selama ni tak pernah explain kat customer-customer jangka hayat vitamin ni semua. Harap-harap dorang semua boleh explore sendiri la expired date vitamin memasing. huhu

Senang je sebenarnya nak tahu bila tarikh luput vitamin SHAKLEE. U alls belek betul-betul keliling botol SHAKLEE tu, Mesti ada punya info berkaitan tarikh luput. Contoh boleh tengok seperti gambar yang tertera dalam kotak warna merah tu.

Semua benda dalam dunia ni ada tarikh luput kan. Termasuklah kita sendiri. Cuma tak tahu bila masa itu bakal tiba.

Yang sentiasa ambil berat,
Mummy Uwais

Alhamdulillah My Little Family, Babah, Uwais & Mama












Percayalah sahabat, tidak ada sesuatu pun yang dapat menandingi perancangan yang maha kuasa. Jika dahulu, seringkali persoalan 'mengapa' muncul di benakku. Harini, aku berterima kasih kepada Allah & kisah semalam kerana tanpa mu, aku tidak akan menemui kebahagiaan pada harini! 

Terima kasih Allah SWT. Sesungguhnya Engkau lah yang maha berkuasa ke atas setiap hambaMu.
Terima kasih suami tercinta, kerana menerima baik burukku seadanya.
Terima kasih anak tersayang, kerana hadirmu membawa sejuta kebahagiaan
Yang sentiasa menyayangimu,
Mummy uwais

PHOTOSCAPE Baguskah?

Photoscape

Assalam semua, selamat malam.
Sebelum melelapkan mata, just nak share pengalaman sendiri gunakan PHOTOSCAPE.  Pernah dengar ke tidak?  Ini pun Cha belajar dengan junior time study di IPG beberapa tahun yang lepas. Alhamdulillah masih lagi menggunakannya. semoga pahala mencurah-curah kepada kau dek sebab share ilmu ni :)

Cha memang bukan orang seni, dan semestinya tak begitu mahir bab2 IT ni. Senang kata semuanya main redah je. So, pendapat peribadi Cha, kalau korang yang hebat gunakan Photoscape ni, mesti lagi DAEBAK hasilnya. Jom lah cuba.

Sebelum tu, Photoscape tu apa?
Kalau nak edit-edit gambar, letak watermark ke dalam lappy, (banyak lagi kegunaan dia sebenarnya), boleh cuba photoscape.  

Contoh: 
Kalau macam nak buat gambar jadual sendiri masukkan dalam blog, selalunya cha akan create dulu siap-siap dalam powerpoint. Dah buat cecantik, printscreen & save. Lepas tu barulah khidmat photoscape diperlukan untuk meneruskan misi edit mengedit. 

Contoh hasil dari photoscape,

header blog nurulkairul89

sewaktu mengandungkan Uwais 6 bulan

Saat awal perkahwinan kami, Teluk Cempedak Kuantan
Sekadar perkongsian.

Mummy uwais