LIKE & SHARE

Thursday 19 June 2014

throw back

Beberapa hari sebelum bersalin

Aqil Uwais / D.O.B-26 Ogos 2013 / 2.7kg

Hari ke 11- Cukur Jambul

8 weeks
10 weeks
13 weeks

#THROWBACK

Kehadiran Uwais membawa berjuta makna buat aku dan suami, sekaligus mengubat segala duka yang pernah terpendam akibat keguguran 2 kali. Disebabkan tu, bila dapat sahaja perkhabaran gembira yang mengatakan aku hamil buat kali ke 3, membuatkan kami terlalu berhati-hati. 3 bulan pertama aku alami alahan yang sangat teruk. Terima kasih suami sebab memahami. Suami yang penyayang dan sabar melayan segala kerenah dan alahanku. Peristiwa lama juga membuatkan kami sentiasa scan bayi untuk mengikuti segala perkembangannya. Setiap kali check nadi bayi, aku akan rakam dan dengar berkali-kali tanpa jemu. Setiap kali masa terluang, aku akan menulis diary tentang perasaanku. Segala perasaan bahagia apabila kau kandungkan zuriat suami yang sangat kau cintai.

Abang, terima kasih kerana memberikan kenangan terindah sepanjang tempoh kehamilan ayang. 

Kalau ikutkan aku dapat banyak la jugak tarikh due. Tarikh due yang ditetapkan KKIA, aku bakal bersalin 16 September 2013, tapi kalau ikutkan hasil scan kat klinik lain aku bakal bersalin 6 September 2013. Tapi akhirnya Uwais lahir tanpa disangka-sangka pada 26 Ogos 2013.

25hb Ogos : Perut asyik mengeras. Selepas Maghrib perut rasa cramp yang menyakitkan. Setiap kali perut mengeras setiap kali itu jugalah akan keluar lendiran darah. Sikit je pun tapi rasanya sakit. Disebabkan rasa tak tahan yang amat sangat, aku terpaksa jugalah call husband yang sedang bekerja untuk tengok situasi aku time tu. Husband balik segera. Muka pucat lesi tak tentu arah. Tapi disebabkan aku takut nak pergi hospital, aku mintak husband hold dulu sebab takut kontraksi palsu je . huhu. Atlast bila rasa sakit berkurang, aku mintak husband pergi kerja balik sebab tak nak menyusahkan dia. Tak pasal-pasal kang kerja terbengkalai. Tapi rupanya suami standby je kat office tak keluar mana-mana, in case lah berlaku kecemasan, dia boleh terus dapatkan aku. TQ abang! Ingatkan sakit dah reda, rupanya lepas pukul 12 malam, sakit menyerang balik beserta lendiran darah lagi. Husband dh warning, kalau nampak keluar lagi darah, dia tak teragak-agak bawak terus aku ke hospital. time tu memang aku SERAH DIRI je lah sebab tak tahan sakit. Tapi yang peliknya bila nak sampai je hospital, sakit hilang, perut lapar. Wuhuu apalagi request untuk terakhir kalinya kat husband, lepak makan kat mamak habes sepinggan mee, sakit pun datang balik. Akhirnya check inlah aku semalam kat Hospital Besar Kuala Lipis, menanti saat bahagia yang entah bila akan menjelma.

26 Ogos : Sakit semakin kerap. Setiap kali contraction kuat je, bila check bukaan mesti bukak 1 cm. tepat jam 8.45malam, bukaan dah 4 cm, aku terus di sorong masuk ke labour room. Mimpi dalam mimpi, percaya dan tidak waktu itu, aku bakal bersalinkah? Allahuakbar. Macam-macam perasaan tidak tergambar. Bila bukaan 10cm, aku lihat suami pun masuk

bersambung