LIKE & SHARE

Saturday 7 June 2014

Rumahku Syurgaku

Rumah Membelakangkan Matahari.
Aku tak tahu apa yang orang lain rasa, aku hanya tahu apa yang aku rasa. Teruja. Rumah pertamaku! Biarlah kecil pun yang penting ni rumah aku. Inilah syurga dunia buat keluarga kecil kami. Sementara merantau di negeri orang.

Rumah dah nampak 90% nak siap. CF pun bakal keluar hujung bulan ni ataupun Julai nanti InshaaAllah. Alhamdulillah syukur. Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku ini Ya Allah. First time semalam masa aku ronda-ronda dengan suami tengok progress rumah, aku rasa SEBAK. Hebat juga perasaan nak miliki rumah sendiri. Suami senyum je. Ye, ni rumah kami ! 

Kerja tak sampai setahun dah rebut-rebut beli rumah. Kenapa? Mak aku cakap hutang ni ada dua, hutang baik dengan hutang jahat. Hutang baik takpe, jadi harta. Contoh hutang baik rumahlah. Makin lama makin tinggi harganya. 


Lihatlah teratak kecil kami.  Halaman pun sekangkang kera. Belum siap lagi. Tapi nak jugak ambil gambar kenang-kenangan. Hihiks.

Ruang Dalam Rumah
Bilik Utama

Keluarga Kita, Dunia Kita
Mummy Uwais

No comments:

Post a Comment