LIKE & SHARE

Tuesday 1 July 2014

No Caption. Cerita Kosong

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sekarang jam menunjukkan tepat jam 12.00 p.m.
Mata masih belum layu memandangkan kerja sekolah pun banyak lagi yang betul settle.
Harini babah outstation ke Putrajaya untuk 2 hari. 

Miss U babah! sobs

So tinggallah kami dua beranak sahaja di rumah. Berbuka puasa pun rasa macam payah je nak telan bila sensorang ni. Teringat sambut Ramadhan tahun lepas. Berdua je dengan suami. Time tu tengah sarat la jugak preggy. And yang paling best tarikh 1 Julai adalah tarikh aku posting. So boleh bayangkan tak, time sarat dan-dan ler posting. Pengsan GB. hahaha. masuk bulan kedua dah sibuk ngejas masa nak bersalin pulak. Kecoh la jugak waktu tu orang duk cakap jangan ambil cuti bersalin yang 2 minggu. nanti membazir je cuti rupanya tak bersalin lagi. Nah hambek, aku cuti lagi awal sebab bersalin lagi awal seminggu dari tarikh cuti 2 minggu tu. hihi. 

Apa-apa pun pengalaman masa tu betul-betul memberi kenangan terindah dalam hidup aku. Officemates yang gila-gila. Para pentadbir yang best. & anak-anak murid yang happening betul2 mempengaruhi mood aku time preggy. Alhamdulillah

Yang paling penting, suami akulah pelindung, peneman suka dan duka, susah senang bersama. Sentiasa buatkan aku tersenyum.  Ada masa badai melanda tapi inshaaAllah kami akan cuba belajar untuk harunginya. InshaaAllah.

Mummy Uwais

No comments:

Post a Comment