LIKE & SHARE

Thursday 18 September 2014

Demi Masa. Demi Rumah.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sekejapnye masa berlalu kan. pejam celik pejam celik harini dah hari Jumaat (19 Sept), esok, lusa tulat dah sekolah. Pelik bin ajaib. Sebelum cuti bukan main ternanti-nanti. Menganga-nganga depan kalendar. Rasanya baru tadi wish 'hepi holiday' kat budak-budak. 

Babah pun dah ada kat rumah (setelah 3 hari ditinggalkan) Nak wat camne, bersuamikan anggota. Memang selalu le kena tinggal. Ala pekedehal. Orang lain berbulan makan tahun kena tinggal. Muka slumberland je Cha oi. Hohoho

Kisahnya, cuti lama-lama pun banyak benda tak settle. Skala perkembangan murid prasekolah pun aku tak tick lagi. Rancangan mengajar, ABM, worksheet murid semua tak settle. Memang terbaik. maklum ler nama pun jadi suri rumahtangga sepenuh masa sepanjang cuti. Ngadap anak seharian. Anak tidur emaknye pun tergolek sama. Kehkehkeh. Kesimpulannya, kerja sekolah memang kena settle kat sekolah, sebab bila dah sampai kat rumah, kerja rumah dah pun menanti.


RUMAH
Cerita pasal rumah. Rumah pertama kami di Kuala Lipis. Kenapa di Kuala Lipis, kenapa tak beli kat tempat lain?

Jawapan:
1) Aku dan suami sama-sama kerja di pekan kecil ni. Sama-sama teringin nak duduk kat rumah bawah sebab dah tak larat dah nak turun naik tangga. 
2) Suami aku anggota. Kalau dipindahkan ke tempat lain, ke manakah diri ini dan anak perlu membawa diri? Rumah kat Kuala Lipis ni mahalnya macam kat bandar besar tau. Rumah biasa pun dah RM600 dan ke atas. Ada jugak rumah biasa yang sewanya mencecah RM1000. So daripada bagi duit kat orang, baik beli harta sendiri.
3) Beli kat tempat lain, yang lebih strategik blablabla. Rumah baru nak sewa kat orang macam sayang je. 
4) Aku dan suami pemboros orangnya. Pilihan kami, beli asset yang makin lama makin tinggi nilainya. Nanti agak-agak tak mau, tak jadi harta Uwais, jual je. Apekedehal. Lagipun bukan beli rumah banglo bertingkek-tingkek. Rumah kami inshaaAllah mampu milik. 
5) Suami boleh dapat elaun rumah gomen dia kalau duk kat luar. Leh la cover rm350 topup duit rumah bulan-bulan. Hehehehe
6) Menyesal beli rumah awal-awal? Asal lak nak menyesal. Biarlah awal-awal ni sempit sikit. Bak kata orang, hutang baik takpe, jadi harta. jangan buat hutang jahat. Duit ke mana, harta ke mana. Merana.

Duit muka dah settle. Tinggal tunggu kunci je lagi. Debar lah jugak. Dalam proses survey harga grill, wiring. Buat yang lebih utama je dulu. Yang lain-lain inshaaAllah rezeki akan ada.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami suami isteri. Amin

Kawan-kawan, doakan urusan kami dipermudahkan ye. 

 

No comments:

Post a Comment